Your cart is currently empty!
Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Agong dan Maha Mulia. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ke atas kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya, selagi matahari dan purnama masih memancarkan sinarnya. Imam Al-Ghazali telah menyebut bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu akan diangkat darjatnya seperti kata-katanya: “Dan jika niat…
Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Agong dan Maha Mulia. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ke atas kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya, selagi matahari dan purnama masih memancarkan sinarnya. Imam Al-Ghazali telah menyebut bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu akan diangkat darjatnya seperti kata-katanya:
“Dan jika niat dan tujuan antaramu dengan Allah dalam mencari ilmu, adalah untuk mencapai hidayah, bukan semata-mata bermegah dengan riwayat, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya ketika kamu berjalan, dan hidupan di laut mendoakan keampunan bagimu dalam setiap langkahmu.” Dengan kata-kata tersebut , remaja janganlah sesekali mencari ilmu kerana inginkan kemegahan, kemewahan mahupun pangkat semata-mata kerana semua itu hanyalah membawa kecelakaan kepada remaja semua.
Alhamdulillah, kami memanjatkan sepenuh kesyukuran dan pujian ke hadrat Allah SWT, Tuhan semesta alam kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya dapatlah buku ini disiapkan dengan jayanya dan menemui pembaca. Kami bertanggungjawab menyiapkan buku Minda Remaja Hebat ini, buku yang sangat istimewa bukan sahaja untuk tatapan dan bacaan para remaja malahan juga kepada para ibu bapa, pendidik dan masyarakat umum yang ingin mendalami ilmu dan pengetahuan masing-masing.
Semasa seseorang melalui zaman remaja, dia akan mengalami perubahan yang drastik, termasuklah perubahan pemikiran, tingkah laku, sosial, emosi, bahasa, dan sebagainya. Akibat perubahan itu, seseorang remaja akan mengharungi banyak cabaran dan rintangan dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Sekiranya rintangan dan cabaran tersebut tidak mampu untuk diharungi nescaya remaja akan menempuh kegagalan atau kekecewaan dalam hidupnya. Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia sekarang,
khususnya remaja melayu telah runtuh akhlaknya. Mereka berasa bangga dengan gaya hidup mereka yang menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Para remaja ini sedang melalui suatu kemelut sosial dan kekeliruan hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini. Antara masalah sosial yang dikenal pasti membabitkan golongan remaja ialah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, seks bebas, pergaulan tanpa batasnya, budaya punk, lari dari rumah, penagihan alkohol, merempit atau lumba haram dan berjudi. Malah terdapat juga penglibatan remaja dalam kes jenayah seperti mencuri, merompak, memeras ugut, merogol dan membunuh. Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap serius yang bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, masyarakat, malahan negara juga.
Maka bertolak dari situlah, segala apa yang ditulis dalam naskah kecil ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat dan pencetus motivasi kepada para pembaca, khususnya remaja untuk menjadi seorang ‘manusia’ yang hebat. Atas dasar percaya bahawa setiap manusia perlu kepada motivasi sebagaimana yang berlaku kepada manusia hebat di zaman sebelumnya, maka buku ini juga membawa mesej yang penting agar remaja dapat mengekalkan momentum semangat untuk mengharungi apa jua rintangan dan cabaran bagi menempuh kehidupan yang pantas dan serba mencabar ini.
Hanya kepada Allah SWT tempat meminta pertolongan dan hanya Dialah yang memberi petunjuk menuju jalan yang benar dan lurus.
Reviews
There are no reviews yet.