Your cart is currently empty!
Insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal. Menuntut ilmu tanpa penghayatan umpama mencurah air ke daun keladi. Alangkah besarnya kepentingan ilmu, betapa indahnya sebuah kejayaan dan sungguh nikmatnya sebuah kecemerlangan. Semua insan memerlukan kejayaan dan semua pelajar mengimpikan kecemerlangan. Namun kejayaan dan kecemerlangan tidak mungkin berkekalan sekiranya sahsiah diri diabaikan, dan hati nurani tidak disirami…
Insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum
ajal. Menuntut ilmu tanpa penghayatan umpama mencurah air ke daun keladi.
Alangkah besarnya kepentingan ilmu, betapa indahnya sebuah kejayaan dan
sungguh nikmatnya sebuah kecemerlangan. Semua insan memerlukan kejayaan
dan semua pelajar mengimpikan kecemerlangan.
Namun kejayaan dan kecemerlangan
tidak mungkin berkekalan sekiranya sahsiah diri diabaikan, dan hati nurani
tidak disirami dengan embun ketakwaan dan keimanan.
Buku ini mengupas secara terperinci tentang persiapan keilmuan, perkara asas
mencapai kejayaan, strategi menggapai kecemerlangan, perkaitan antara motivasi
dengan kecemerlangan serta tip berkesan memotivasikan diri.
Buku ini turut menyentuh
aspek tekanan semasa belajar dan cara mengatasinya, persiapan menghadapi
peperiksaan, kegagalan sebagai ujian, dan ke mana arah tuju pelajar selepas
tamat pengajian.
Paling penting buku ini memuatkan beberapa doa sebagai
panduan dan penghayatan pelajar untuk berjaya. Buku ini sesuai dibaca oleh
pelajar sekolah, pelajar kolej dan universiti, pekerja atau pembaca umum yang
mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
Reviews
There are no reviews yet.